Wednesday, May 29, 2013

Program 1/2013 : Program latihan ICT untuk penduduk kampung pendamar


Salam semua, alhamdulillah PRU telahpun selesai dan kemenangan banyak berpihak kepada BN. rakyat masih memerlukan BN untuk mentadbir negara Malaysia tercinta ini.

ok, di tahun 2013 ini, Pemuda UMNO Kg Pendamar, Bahagian Bukit Katil telah merangka pelbagai program manfaat untuk warga kg. pendamar yang mana mampu menambah nilai kualiti hidup penduduk kampung antaranya adalah Program latihan ICT microsoft office 2007 - 2010.

program ini akan diadakan selama 2 hari pada 8 - 9 Jun 2013 (sabtu-ahad) bertempat di Balairaya kampung pendamar bermula jam 9 pg - 5 ptg (pendaftaran).

Program ini akan dirasmikan oleh Ybhg. Datok Hasnoor Sdg. Husin (Ketua UMNO Cawangan).

Untuk makluman tuan/puan semua, di tahun 2013 ini,  pelbagai program seperti aktiviti keagaamaan, masyarakat, sukan  akan diadakan. insyaAllah.

Kerja dan terus bekerja !!!! demi rakyat dan penduduk kampung pendamar!

Thursday, August 16, 2012

Rumah Ceria Aidilfitri 2012


Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, akhirnya program pemuda rumah ceria aidilfitri 2012 berjalan dengan lancar walaupun di permulaan hujan renyai.

Program rumah ceria kali ini sebanyak 10 rumah sahaja yang menyertai. agak kurang berbanding tahun tahun yang sebelum. tapi secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan peningkatan ketara setiap rumah yang dihias dengan begitu dekorasi, lanskap menarik dan inovatif.

Terima kasih kepada ybhg Datuk Hasnoor Sidang Husin, Ketua UMNO Cawangan Pendamar yang sudi meluangkan masa sehingga habis program.

Pemarkahan kali ini telah dibuat oleh juri tetap dari luar iaitu En Ismail Che Din (Penolong Pegawai Pengindahan Bandar, Inspektorat Kesihatan MBMB).

Untuk makluman, pemenang & hadiah program rumah ceria, seperti biasa akan diumumkan dan disampaikan oleh Ybhg Datuk semasa jamuan raya peringkat kampung Pendamar. TK


Tuesday, July 24, 2012

Rumah Ceria Aidilfitri 2012

Alhamdulillah, program rumah ceria aidilfitri sudah masuk ke tahun ke 4. dan pada kali ini. borang akan diedarkan pada 27/7/2012. dan seperti biasa hanya penduduk kampung pendamar, ayer molek melaka sahaja yang dibenarkan bertanding.

Juri yang akan membuat pemarkahan adalah dari panel luar dan di peringkat kebangsaan iaitu En Md Derus Tompang dari Kg Pengkalan Batu, Melaka dan rakan rakan panel audit yang lain.

Dijangka, sambutan akan bertambah ceria dan ramai yang menyertai. apa tunggu lagi, jom sertai ! ceriakan hari raya anda!

Terima kasih kepada Ybhg Datuk Hasnoor Sdg Husin yang sentiasa memahami kehendak penduduk kampung dan masih meneruskan juga pertandingan tahunan ini yang kali pertama diadakan pada tahun 2009.

Terima Kaseh!

Friday, March 25, 2011

Program 2011(Siri 1) : Kursus Pengendalian Jenazah


Salam, lama betul tak mengemaskini laman blog ini. bagi pembukaan program tahun 2011 ini, adalah dengan melaksanakan Kursus Pengendalian Jenazah, anjuran Pemuda Kampung Pendamar & kerjasama jawatankuasa madrasah Al-Hidayah Kg. Pendamar & Jabatan Agama Islam Negeri Melaka.

Kursus Ini amat penting kerana ia adalah merupakan Fardhu kifayah bagi umat Islam, wajib melaksanakan dan mengetahui. Program ini akan diadakan pada 27 Mac 2011(Ahad) dari jam 8.30 pagi - 1.30 petang, dan akan disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Hasnoor Sdg Husin, Ketua UMNO Cawangan Pendamar dan akan menyampaikan sijil penyertaan dari JAIM jabatan agama islam melaka.

Makluman, Program Anjuran Pemuda Ini, Mendapat Sambutan yang mengalakkan dari penduduk kampung, Alhamdulillah.TQ

Friday, August 20, 2010

Rumah Ceria Aidilfitri 2010


Wah, dalam diam-diam rupanya kita semua didalam bulan ramadhan dan semakin menghampiri  Rumah Ceria Aidilfitri 2010, sekejap je masa berlalu.

Semua Penduduk Kampung Pendamar, Ayer Molek Melaka JANGAN LEPASKAN PELUANG, DAPATKAN BORANG PENDAFTARAN PADA URUSETIA PERTANDINGAN AJK RC10 DENGAN SEGERA!!!! Jangan terlewat! nanti rugi.

Tarikh tutup pendaftaran atau penyerahan borang pada 5 September 2010. Pertandingan ini akan diadili oleh Juri Kebangsaan dari Kampung Pengkalan Batu, En Mohd Derus Tompang yang merupakan Pegawai Inspektorat dan pembangunan komuniti di MBMB pada 7 September 2010, bermula Jam 9.30 Malam (3 Hari Sebelum Raya).

Tahun lepas (2009) RC 09 sebanyak 14 Rumah telah menyertai, diharapkan pada RC 10 kali ini, lebih daripada itu. T/K.

untuk keterangan detail : http://www.facebook.com/pemudaumnopendamar

Program Penyembelihan Halal (Syarak & Teknikal)


 
Pada 31 Julai 2010, Pemuda UMNO Kampung Pendamar telah menganjurkan program Penyembelihan Halal (Syarak dan Teknikal) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang bertempat di Madrasah Al- Hidayah kg pendamar, ayer molek melaka.

Alhamdulillah, penyertaan kali ini amat mengalakkan dan mendapat sambutan, yang pada mulannya kami menyasarkan hanya 30 Peserta sahaja, tetapi semasa program ini berlangsung, kami dikejutkan 60 Peserta hadir bagi mendengar taklimat dan melakukan penyembelihan secara Praktikal.

Untuk makluman, sebanyak 45 Ekor Ayam disediakan bagi Program Penyembelihan Halal ini, Peserta akan mendengar terlebih dahulu taklimat (Ceramah) ringkas mengenai cara /prosedur penyembelihan islam, dan selepas itu mereka akan didedahkan secara praktikal, dan akan diperhatikan pegawai dari Jabatan Agama Islam Melaka sendiri, dan Alhamdulillah, Kesemua 45 Ekor ayam yang disembelih itu, telah disembelih dengan betul, dan Halal dimakan.




Ayam yang telah disembelih itu, akan disumbangkan kepada Madrasah Al Hidayah Kg. Pendamar untuk aktiviti menyambut Ramadhan di sebelah malamnya, selepas Maghrib. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hj. Hasnoor Sdg Husin , Ketua UMNO Cawangan Kampung Pendamar. T/K

Sunday, March 14, 2010

Bowling Piala Hj Datuk Hasnoor Sdg Husin (12/3/2010)




Alhamdulillah, dengan izinNya, program Pemuda UMNO Kg. Pendamar bagi tahun 2010 ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan.

Pada 12/03/2010 ini, Pemuda telah mengadakan program bersama penduduk kampung dengan merebut piala Ketua Cawangan, Datuk Hasnoor Sidang Husin, Seramai 31 Pasukan (93 Orang) telah mengambil bahagian dalam acara kali ini. Sambutan yang mengalakkan. ini membuktikan UMNO masih relevan di hati rakyat.


Monday, March 1, 2010

Aktiviti 2010






Salam kepada rakan bloggers semua dan kepada sesiapa yang membaca laman blog kami ini. Untuk makluman anda semua, bagi aktiviti 2010 kali ini akan diperhebatkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan program akan dijalankan di Cawangan Kg. Pendamar. Antara aktiviti yang telah disertai oleh pemuda & penduduk Kg. Pendamar adalah :

1) 7/2/2010 - Kejohanan Futsal Tertutup Dun Ayer Molek, Anjuran Penyelaras Pemuda Dun Ayer Molek, Cawangan menghantar 3 Team.

2) 27/2/2010 - Kursus Pengurusan Jenazah, Anjuran Penyelaras Dun Ayer Molek bertempat di Masjid Bukit Kechil, Paya Dalam.

3) 12/2/2010 - Gotong Royong membersihkan surau bersama AJK Surau Madrasah Al - Hidayah

Bagi Acara di Bulan Mac, Satu pertandingan Bowling Piala Ketua Cawangan, Datuk Hasnoor Sdg. Husin akan dibuat pada 12/3/2010 bertempat di Melaka International Bowling Centre, MITC Ayer Keroh Melaka. Seramai 31 pasukan telah disahkan menyertai. Pertandingan ini hanya disertai oleh penduduk kampung pendamar sahaja. Alhamdullilah, dengan penyertaan yang ramai disertai penduduk & rakyat sendiri, semoga akan mendapat tempat dihati rakyat hendaknya.

Saturday, October 31, 2009

Meriah Sambutan Raya


Salam 1 Malaysia, Alhamdullilah dan syukur kepada Nya kerana telah melancarkan perjalanan program kami dengan baik sekali tanpa ada sebarang gangguan dan hujan walaupun pada malam itu sedikit mendung! sempena sambutan Aidilfitri peringkat Pendamar, dan buat julung-julung kalinya diadakan secara besar-besaran, dan sambutan daripada penduduk kampung amat memuaskan dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk yang hadir.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada malam gilang - gemilang tersebut, YB Datuk Hj Hasnoor sdg Husin, merangkap Ketua UMNO Cawangan, YB Datuk Md Sirat Abu, ADUN Bukit Katil,Melaka, YB Datuk Othman Mohammad (Speaker Melaka) dan berberapa lagi tetamu kenamaan yang hadir.

Sebahagian Tentatif program pada malam itu ialah seperti Penyampaian Sijil dan Hamper bagi Acara Rumah Ceria Aidilfitri, Cabutan Bertuah, Acara Karaoke, dan banyak lagi, dan tahniah kepada pemenang-pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan. t/k

Sunday, October 4, 2009

Rumah Ceria Aidilfitri


Alhamdullilah, selesai juga proses pemarkahan rumah ceria, sempena aidilfitri peringkat kampung pendamar, segala keputusan telah diketahui, dan akan diumumkan pada Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Pendamar, Nak tahu keputusan siapa yang menang? datangla ke rumah terbuka ini. pelbagai aktiviti menarik dirangka, antaranya seperti pertandingan karaoke, cabutan bertuah, acara penyampaian sijil, makan-minum, dan banyak lagi. datang la, jgn tak datang. Sambutlah kemeriahan sempena raya di rumah Terbuka Aidilfitri Kpg Pendamar ini.

Kepada yang kalah pada Pertandingan Rumah Ceria ini, jangan kecewa, cuba lagi di tahun depan, dan acara ini akan diadakan setiap tahun, terutamanya dimusim perayaan aidilfitri kerana mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada penduduk kampung. Insyaallah, saya mewakili UMNO cawangan, akan merealisasikan hasrat rakyat, selaras dengan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!

Turut memeriahkan majlis ini, akan dihadiri Ketua Cawangan UMNO, Datuk Hasnoor Sdg Husin, Setiausaha Cawangan, Tuam Hj Azmi Bin Hj Hussain dan banyak lagi tetamu yang hadir. t.k