Friday, August 20, 2010

Program Penyembelihan Halal (Syarak & Teknikal)


 
Pada 31 Julai 2010, Pemuda UMNO Kampung Pendamar telah menganjurkan program Penyembelihan Halal (Syarak dan Teknikal) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang bertempat di Madrasah Al- Hidayah kg pendamar, ayer molek melaka.

Alhamdulillah, penyertaan kali ini amat mengalakkan dan mendapat sambutan, yang pada mulannya kami menyasarkan hanya 30 Peserta sahaja, tetapi semasa program ini berlangsung, kami dikejutkan 60 Peserta hadir bagi mendengar taklimat dan melakukan penyembelihan secara Praktikal.

Untuk makluman, sebanyak 45 Ekor Ayam disediakan bagi Program Penyembelihan Halal ini, Peserta akan mendengar terlebih dahulu taklimat (Ceramah) ringkas mengenai cara /prosedur penyembelihan islam, dan selepas itu mereka akan didedahkan secara praktikal, dan akan diperhatikan pegawai dari Jabatan Agama Islam Melaka sendiri, dan Alhamdulillah, Kesemua 45 Ekor ayam yang disembelih itu, telah disembelih dengan betul, dan Halal dimakan.




Ayam yang telah disembelih itu, akan disumbangkan kepada Madrasah Al Hidayah Kg. Pendamar untuk aktiviti menyambut Ramadhan di sebelah malamnya, selepas Maghrib. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hj. Hasnoor Sdg Husin , Ketua UMNO Cawangan Kampung Pendamar. T/K

No comments:

Post a Comment