Wednesday, August 12, 2009

Mesyuarat Biro Sukan (Cabutan Undi)




Salam, terima kasih kepada mereka yang hadir pada mesyuarat Biro Sukan Pemuda UMNO cawangan pendamar pada 12 Oogos 2009, dan pada mesyuarat kali ini, topik utama adalah mengenai penerangan terakhir mengenai syarat dan peraturan pertandingan serta cabutan undi bagi pasukan yang bertanding pada Kejohanan yang akan berlangsung pada 16 Ogos 2009 (Ahad) ini bertempat di Gelanggang utama sepak takraw Kg.Pendamar, Ayer Molek Melaka.

Turut hadir pada mesyuarat kali ini ialah Ketua Pemuda Cawangan iaitu Mohd Fauzi Ali dan Setiausaha Pemuda cawangan dan sehubungan dengan itu, AJK Biro Sukan dan Pengerusi Biro Sukan telah membentangkan kertas kerja, perbelanjaan semasa, laporan pertandingan serta piala pusingan pada Ketua Pemuda pada mesyuarat kali ini dan dipersetujui bersama. Saya berharap pada mana-mana ketua pasukan yang mencabut undi bagi menentukan perlawanan pasukan mereka dan senarai pemain mereka diharapkan berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan malam tadi.

Sekali lagi, saya mewakili Ketua Pemuda mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang sudi hadir dan menjayakan program sebegini, dan berharap akan diadakan setiap tahun selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dan Ketua Cawangan agar memperbanyakkan aktiviti riadah sebegini di setiap cawangan.

No comments:

Post a Comment