Saturday, October 31, 2009

Meriah Sambutan Raya


Salam 1 Malaysia, Alhamdullilah dan syukur kepada Nya kerana telah melancarkan perjalanan program kami dengan baik sekali tanpa ada sebarang gangguan dan hujan walaupun pada malam itu sedikit mendung! sempena sambutan Aidilfitri peringkat Pendamar, dan buat julung-julung kalinya diadakan secara besar-besaran, dan sambutan daripada penduduk kampung amat memuaskan dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk yang hadir.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada malam gilang - gemilang tersebut, YB Datuk Hj Hasnoor sdg Husin, merangkap Ketua UMNO Cawangan, YB Datuk Md Sirat Abu, ADUN Bukit Katil,Melaka, YB Datuk Othman Mohammad (Speaker Melaka) dan berberapa lagi tetamu kenamaan yang hadir.

Sebahagian Tentatif program pada malam itu ialah seperti Penyampaian Sijil dan Hamper bagi Acara Rumah Ceria Aidilfitri, Cabutan Bertuah, Acara Karaoke, dan banyak lagi, dan tahniah kepada pemenang-pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan. t/k

Sunday, October 4, 2009

Rumah Ceria Aidilfitri


Alhamdullilah, selesai juga proses pemarkahan rumah ceria, sempena aidilfitri peringkat kampung pendamar, segala keputusan telah diketahui, dan akan diumumkan pada Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Pendamar, Nak tahu keputusan siapa yang menang? datangla ke rumah terbuka ini. pelbagai aktiviti menarik dirangka, antaranya seperti pertandingan karaoke, cabutan bertuah, acara penyampaian sijil, makan-minum, dan banyak lagi. datang la, jgn tak datang. Sambutlah kemeriahan sempena raya di rumah Terbuka Aidilfitri Kpg Pendamar ini.

Kepada yang kalah pada Pertandingan Rumah Ceria ini, jangan kecewa, cuba lagi di tahun depan, dan acara ini akan diadakan setiap tahun, terutamanya dimusim perayaan aidilfitri kerana mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada penduduk kampung. Insyaallah, saya mewakili UMNO cawangan, akan merealisasikan hasrat rakyat, selaras dengan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!

Turut memeriahkan majlis ini, akan dihadiri Ketua Cawangan UMNO, Datuk Hasnoor Sdg Husin, Setiausaha Cawangan, Tuam Hj Azmi Bin Hj Hussain dan banyak lagi tetamu yang hadir. t.k

Rumah Terbuka Aidilfitri

Salam semua, Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat malaysia yang beragama islam, dan kepada yang pulang ke kampung, pastikan kondisi kenderaan anda berkeadaan baik dan selamat, biar lambat asalkan selamat! ingat yang tersayang.

Dikesempatan ini, saya ingin menjemput saudara/saudari semua untuk menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Pendamar, Ayer Molek Melaka yang akan diadakan pada 10 / Oktober/ 2009 bertempat di Mini Stadium Ayer Molek Jalan Gobiah, Kg Pendamar, Ayer Molek Melaka.

Kehadiran anda amatlah dialu-alukan, dan semoga dengan kehadiran anda semua akan dapat memeriahkan rumah terbuka kami ini.

Wednesday, September 9, 2009

Gambar aktiviti sempena aidilfitri



Salam satu Malaysia, ini adalah gambar-gambar aktiviti yang dilakukan oleh pemuda UMNO Cawangan Kg. Pendamar dalam bulan ramadhan.

Walaupun dalam keadaan berpuasa namun semangat kerjasama dan berpasukan menghilangkan rasa lapar dan dahaga, seronok. setelah aktiviti mencari buluh dijalankan, selepas ini aktiviti pemasangan keliling kampung akan dijalankan. saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada pemuda - pemuda yang hadir kerana memberi komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti pemuda cawangan, bukan untuk kepentingan parti semata-mata, tapi demi semangat setiakawan, Kampung serta mengukuhkan silaturrahim sesama pemuda sendiri.

Gambar yang sempat diambil dan untuk tatapan anda semua.





                            



Wednesday, September 2, 2009

Aktiviti sempena Aidilfitri


Salam, Pemuda UMNO Caw. Pendamar kali ini akan mengadakan pelbagai aktiviti sempena Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Antara aktiviti yang bakal diadakan dan telah dipersetujui bersama ialah :

1) Pemasangan Pelita seluruh kampung menggunakan buluh.
Tujuan pelita dipasang mengikut kaedah lama, adalah untuk mewujudkan suasana meriah
dan terasa kenikmatannya.

2) Pertandingan Rumah Ceria tertutup peringkat kampung pendamar.
Penyertaan kali ini hanyalah dibuka pada penduduk kampung pendamar sahaja.

Bagi Aktiviti Pemasangan Pelita seluruh kampung adalah ilham dan inisiatif daripada pemuda sendiri, dan kerja membeli perkakasan giat dijalankan buat masa ini dan akan dilaksanakan sepenuhnya seminggu sebelum raya dan bagi pertandingan rumah ceria pula, flyers telah diedarkan dan tarikh tutup serahan borang penyertaan pada 10 September 2009.

Thursday, August 20, 2009

Tahniah


Salam kepada pembaca-pembaca sekalian, terlebih dahulu, saya mewakili ketua pemuda ingin mengucapkapkan tahniah kepada pasukan bola sepak pendamar FC kerana berjaya meraih tempat kedua iaitu Naib Johan bola sepak komuniti dun ayer molek 2009, suatu keputusan yang tidak diduga, tapi berkat titik usaha penat lelah pasukan pendamar, akhirnya kita berjaya mendapat naib johan. itu sudah memadai bagi kita.
 
Tahniah diucapkan pada pasukan bola sepak kampung Pendamar.

Perlawanan Akhir yang berlangsung di Stadium Hang Jebat pada 11 Julai 2009 yang lalu, agak sengit juga kerana bertemu pasukan dari Ayer Molek FC. 
Ingin saya tekan kan disini, pasukan pendamar FC bermain baik dan memberi tentangan sengit terhadap pasukan lawan, namun apakan daya kemenangan berpihak pada mereka, rata-rata dari pemain mereka terdiri daripada 'pemain import', jadi tidak hairanlah mereka menang, berbanding dengan pasukan kita. Tahniah pada kedua-dua pasukan.



Antara gambar yang sempat diambil sebagai kenangan sebelum dan selepas perlawanan.
Bersalam salaman sebelum perlawanan bermula


Disiplin memainkan peranan penting dalam sesebuah pasukan.



Terima kasih kepada penduduk kampung yang sanggup memberi sokongan tidak berbelah bahagi dan secara tidak langsung dapat menaikkan semangat moral pemain-pemain kita.


Dan sebagai penghargaan kepada pasukan kita yang berjaya mendapat naib johan, satu inisiatif dibuat oleh AJK Surau & Kampung untuk meraikan pemain-pemain yang telah bertungkus lumus hingga ke final dengan mengadakan 'barbequee' dan bacaan doa kesyukuran di Balai Raya Kampung Pendamar, Ayer Molek Melaka.


sebelum makan sempat lagi tu bergambar! haha

Semoga semangat sebegini berkekalan! dan kekalkan prestasi ini, sekali lagi tahniah diucapkan kepada pemain-pemain.

Monday, August 17, 2009

Laporan Aktiviti Pemuda

Salam semua saya ucapkan, pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana program aktiviti pemuda UMNO caw pendamar yang berlangsung pada 16 Ogos 2009 yang lalu berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan dan keadaan cuaca yang baik. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada mereka yang hadir memeriahkan majlis dan pada pasukan yang bertanding . Tahniah pada yang Johan, dan pada yang kalah, cuba lagi di tahun hadapan. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. tahun depan boleh cuba lagi. jangan risau, aktiviti riadah sebegini akan kerap dijalankan dan dimasukkan dalam kalendar aktiviti Pemuda UMNO Cawangan Pendamar disini.



Wednesday, August 12, 2009

Mesyuarat Biro Sukan (Cabutan Undi)




Salam, terima kasih kepada mereka yang hadir pada mesyuarat Biro Sukan Pemuda UMNO cawangan pendamar pada 12 Oogos 2009, dan pada mesyuarat kali ini, topik utama adalah mengenai penerangan terakhir mengenai syarat dan peraturan pertandingan serta cabutan undi bagi pasukan yang bertanding pada Kejohanan yang akan berlangsung pada 16 Ogos 2009 (Ahad) ini bertempat di Gelanggang utama sepak takraw Kg.Pendamar, Ayer Molek Melaka.

Turut hadir pada mesyuarat kali ini ialah Ketua Pemuda Cawangan iaitu Mohd Fauzi Ali dan Setiausaha Pemuda cawangan dan sehubungan dengan itu, AJK Biro Sukan dan Pengerusi Biro Sukan telah membentangkan kertas kerja, perbelanjaan semasa, laporan pertandingan serta piala pusingan pada Ketua Pemuda pada mesyuarat kali ini dan dipersetujui bersama. Saya berharap pada mana-mana ketua pasukan yang mencabut undi bagi menentukan perlawanan pasukan mereka dan senarai pemain mereka diharapkan berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan malam tadi.

Sekali lagi, saya mewakili Ketua Pemuda mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang sudi hadir dan menjayakan program sebegini, dan berharap akan diadakan setiap tahun selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dan Ketua Cawangan agar memperbanyakkan aktiviti riadah sebegini di setiap cawangan.

Sunday, August 9, 2009

Selesai sudah




Alhamdulillah syukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah melancarkan perjalanan gotong royong Pemuda UMNO pada kali ini dengan keadaan cuaca yang sangat baik sekali, semuanya telah berjalan lancar seperti yang kita semua mahukan . Selepas ini cabutan undi untuk setiap pasukan yang bertanding akan dilakukan.

Kejohanan Sepak Takraw ini akan berlangsung di gelanggang utama sepak takraw Kampung Pendamar, Ayer Molek,Melaka bermula pada pukul 8.oo pagi, bertarikh 16 Ogos 2009 (Ahad). Tarikh tutup penyertaan kejohanan ini pada 11 Ogos 2009(Selasa), kepada mereka-mereka yang masih belum menghantar borang penyertaan, sila hantar dengan kadar segera sebelum tarikh tutup! Jika terlewat menghantar borang, kami tidak akan melayan sebarang rayuan dan surat menyurat. Datanglah beramai-ramai memeriahkan pertandingan ini, kami amat mengalu-alukan kedatangan anda,orang ramai dijemput hadir!

Gotong royong pemuda

Pada 9 Ogos 2009, Pemuda UMNO Cawangan Pendamar telah menlancarkan aktiviti gotong royong sempena aktiviti sukaneka yang akan berlangsung pada 16 Ogos 2009 nanti. Alhamdulillah, selesai sudah gotong royong ini, Sambutan yang diterima dari penduduk kampung amat memuaskan.
 
Untuk makluman. Aktiviti gotong royong ini telah bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari, telah selesai awal kerana melakukan secara beramai-ramai dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Keadaan di seluruh kawasan kini bertambah kemas berbanding suasana terdahulu, dengan adanya aktiviti sebegini, bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah dapat mengeratkan hubungan tali silaturrahim dan saling kenal mengenal sesama penduduk. Bagi saya, Konsep satu Malaysia harus dipupuk di peringkat yang kecil terlebih dahulu sebegini, Akhir kata, terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti sebegini, insyaallah, kami pasti melaksanakan program yang baik ini semula demi kesejahteraan penduduk dan rakyat.
Gambar-gambar Aktiviti Gotong Royong.

a) Pemuda sedang mengukur dan menampal untuk membuat garisan baru, betul-betul bersemangat waja.



b) Penat, walaupun panas terik, tetap masih meneruskan juga, demi pertandingan sukaneka rakyat, yang bakal berlangsung!


c) 'Orang kuat' gotong royong, sedang menebuk gelanggang untuk membuat tiang baru!


e) Akhirnya, inilah hasilnya, terima kasih pada mereka yang berkerja keras bagi mencantikkan kawasan sukaneka kali ini.
 
Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih pada mereka yang terlibat pada gotong royong kali ini, saya berharap agar akan dapat diadakan setiap bulan bagi kesejahteraan penduduk di kawasan kita, kita harus menjadi belia&Pemuda contoh serta menjadi Ikon yang positif bagi kacamata penduduk setempat. Sekian