Tuesday, June 25, 2013

Laporan Pertandingan Memancing Ikan 2013

Pada 23 jun 2013, biro sosial pemuda UMNO caw. kg. pendamar telah mengadakan program pertandingan memancing yang bertempat di parit jalan gobiah, kampung pendamar bermula jam 9.00 pagi - 12.30 tghri.

Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hasnoor Sdg Husin (Ketua UMNO Cawangan Kg Pendamar). Terima kaseh datuk atas sokongan dan sumbangan datuk.

Pertandingan ini dijalankan secara TERTUTUP, bermakna hanya penduduk kampung pendamar dan ahli UMNO cawangan sahaja yang layak menyertai.

Seramai 40 orang penduduk dari pelbagai lapisan umur menyertai pertandingan ini. pertandingan di pecahkan mengikut kategori iaitu Kategori ikan terberat (pertama, kedua dan ketiga), kategori ikan paling banyak dan kategori paling awal.

Program ini turut dihadiri Ketua pergerakan wanita umno cawangan kampung pendamar, Puan Maznah Lamat  dan ketua pemuda UMNO En. Mohd Fauzi Ali.

Sebanyak 10 hamper disediakan bagi tujuan cabutan bertuah.

Dari hasil kaji selidik kami, ramai peserta yang menyambut baik hasrat kami dan memohon untuk mengadakan semula. insyaallah.

Gambar yang sempat dirakam semasa pertandingan berlangsung.






Keputusan pertandingan memancing

Kategori Ikan Paling Berat 


Pertama (RM 100.00)
 Zainudin Bin Thani



Kedua (RM 70.00) 
 Kama Azira Bt. Ishak


Ketiga (RM 50.00)
 Ridzuan Bin Syed

Kategori Ikan Paling Banyak
(RM 50.00)
Kama Azira Bt Ishak

Kategori Ikan Paling Awal
(RM 50.00)
Saerah Bte Md. Taib

TAHNIAH KEPADA PEMENANG, DAN KEPADA YANG TIDAK DAPAT IKAN BOLEH CUBA LAIN KALI

                                  

Monday, June 10, 2013

2013 : Pertandingan memancing ikan


Pada 23 Jun 2013, pemuda umno cawangan kampung pendamar, akan membuat program riadah iaitu pertandingan memancing ikan bertempat di jalan gobiah.

Program ini tertutup bagi penduduk kampung pendamar sahaja dan akan dirasmikan oleh Ybhg Datuk Hasnoor Sdg Husin, Ketua UMNO Cawangan Kg. Pendamar.

Kepada semua penduduk kampung yang ingin menunjukkan kepakaran dalam memancing, apa tunggu lagi? sertai program kami. 

borang penyertaan akan mula diedarkan urusetia pada bermula  13 Jun 2013.

2013 : Program latihan komputer

Alhamdulillah, program latihan komputer anjuran pemuda umno caw. kampung pendamar berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang meriah dari penduduk kampung.

program yang berjalan selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Hasnoor Sdg Husin, Ketua UMNO Cawangan Kg. Pendamar. terima kaseh Datuk atas komitmen dan sokongan datuk.

Insyallah kami akan membuat lagi program yang bermanfaat seperti ini. terima kaseh kepada penganjur bersama, Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka kerana memberi kerjasama yang baik kepada kami.

Di tahun 2013 ini, kami telah merangka pelbagai program menarik dan bermanfaat untuk penduduk kampung pendamar.