Tuesday, June 25, 2013

Laporan Pertandingan Memancing Ikan 2013

Pada 23 jun 2013, biro sosial pemuda UMNO caw. kg. pendamar telah mengadakan program pertandingan memancing yang bertempat di parit jalan gobiah, kampung pendamar bermula jam 9.00 pagi - 12.30 tghri.

Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hasnoor Sdg Husin (Ketua UMNO Cawangan Kg Pendamar). Terima kaseh datuk atas sokongan dan sumbangan datuk.

Pertandingan ini dijalankan secara TERTUTUP, bermakna hanya penduduk kampung pendamar dan ahli UMNO cawangan sahaja yang layak menyertai.

Seramai 40 orang penduduk dari pelbagai lapisan umur menyertai pertandingan ini. pertandingan di pecahkan mengikut kategori iaitu Kategori ikan terberat (pertama, kedua dan ketiga), kategori ikan paling banyak dan kategori paling awal.

Program ini turut dihadiri Ketua pergerakan wanita umno cawangan kampung pendamar, Puan Maznah Lamat  dan ketua pemuda UMNO En. Mohd Fauzi Ali.

Sebanyak 10 hamper disediakan bagi tujuan cabutan bertuah.

Dari hasil kaji selidik kami, ramai peserta yang menyambut baik hasrat kami dan memohon untuk mengadakan semula. insyaallah.

Gambar yang sempat dirakam semasa pertandingan berlangsung.






Keputusan pertandingan memancing

Kategori Ikan Paling Berat 


Pertama (RM 100.00)
 Zainudin Bin Thani



Kedua (RM 70.00) 
 Kama Azira Bt. Ishak


Ketiga (RM 50.00)
 Ridzuan Bin Syed

Kategori Ikan Paling Banyak
(RM 50.00)
Kama Azira Bt Ishak

Kategori Ikan Paling Awal
(RM 50.00)
Saerah Bte Md. Taib

TAHNIAH KEPADA PEMENANG, DAN KEPADA YANG TIDAK DAPAT IKAN BOLEH CUBA LAIN KALI

                                  

No comments:

Post a Comment