Friday, August 20, 2010

Rumah Ceria Aidilfitri 2010


Wah, dalam diam-diam rupanya kita semua didalam bulan ramadhan dan semakin menghampiri  Rumah Ceria Aidilfitri 2010, sekejap je masa berlalu.

Semua Penduduk Kampung Pendamar, Ayer Molek Melaka JANGAN LEPASKAN PELUANG, DAPATKAN BORANG PENDAFTARAN PADA URUSETIA PERTANDINGAN AJK RC10 DENGAN SEGERA!!!! Jangan terlewat! nanti rugi.

Tarikh tutup pendaftaran atau penyerahan borang pada 5 September 2010. Pertandingan ini akan diadili oleh Juri Kebangsaan dari Kampung Pengkalan Batu, En Mohd Derus Tompang yang merupakan Pegawai Inspektorat dan pembangunan komuniti di MBMB pada 7 September 2010, bermula Jam 9.30 Malam (3 Hari Sebelum Raya).

Tahun lepas (2009) RC 09 sebanyak 14 Rumah telah menyertai, diharapkan pada RC 10 kali ini, lebih daripada itu. T/K.

untuk keterangan detail : http://www.facebook.com/pemudaumnopendamar

Program Penyembelihan Halal (Syarak & Teknikal)


 
Pada 31 Julai 2010, Pemuda UMNO Kampung Pendamar telah menganjurkan program Penyembelihan Halal (Syarak dan Teknikal) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang bertempat di Madrasah Al- Hidayah kg pendamar, ayer molek melaka.

Alhamdulillah, penyertaan kali ini amat mengalakkan dan mendapat sambutan, yang pada mulannya kami menyasarkan hanya 30 Peserta sahaja, tetapi semasa program ini berlangsung, kami dikejutkan 60 Peserta hadir bagi mendengar taklimat dan melakukan penyembelihan secara Praktikal.

Untuk makluman, sebanyak 45 Ekor Ayam disediakan bagi Program Penyembelihan Halal ini, Peserta akan mendengar terlebih dahulu taklimat (Ceramah) ringkas mengenai cara /prosedur penyembelihan islam, dan selepas itu mereka akan didedahkan secara praktikal, dan akan diperhatikan pegawai dari Jabatan Agama Islam Melaka sendiri, dan Alhamdulillah, Kesemua 45 Ekor ayam yang disembelih itu, telah disembelih dengan betul, dan Halal dimakan.




Ayam yang telah disembelih itu, akan disumbangkan kepada Madrasah Al Hidayah Kg. Pendamar untuk aktiviti menyambut Ramadhan di sebelah malamnya, selepas Maghrib. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hj. Hasnoor Sdg Husin , Ketua UMNO Cawangan Kampung Pendamar. T/K

Sunday, March 14, 2010

Bowling Piala Hj Datuk Hasnoor Sdg Husin (12/3/2010)




Alhamdulillah, dengan izinNya, program Pemuda UMNO Kg. Pendamar bagi tahun 2010 ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan.

Pada 12/03/2010 ini, Pemuda telah mengadakan program bersama penduduk kampung dengan merebut piala Ketua Cawangan, Datuk Hasnoor Sidang Husin, Seramai 31 Pasukan (93 Orang) telah mengambil bahagian dalam acara kali ini. Sambutan yang mengalakkan. ini membuktikan UMNO masih relevan di hati rakyat.


Monday, March 1, 2010

Aktiviti 2010






Salam kepada rakan bloggers semua dan kepada sesiapa yang membaca laman blog kami ini. Untuk makluman anda semua, bagi aktiviti 2010 kali ini akan diperhebatkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan program akan dijalankan di Cawangan Kg. Pendamar. Antara aktiviti yang telah disertai oleh pemuda & penduduk Kg. Pendamar adalah :

1) 7/2/2010 - Kejohanan Futsal Tertutup Dun Ayer Molek, Anjuran Penyelaras Pemuda Dun Ayer Molek, Cawangan menghantar 3 Team.

2) 27/2/2010 - Kursus Pengurusan Jenazah, Anjuran Penyelaras Dun Ayer Molek bertempat di Masjid Bukit Kechil, Paya Dalam.

3) 12/2/2010 - Gotong Royong membersihkan surau bersama AJK Surau Madrasah Al - Hidayah

Bagi Acara di Bulan Mac, Satu pertandingan Bowling Piala Ketua Cawangan, Datuk Hasnoor Sdg. Husin akan dibuat pada 12/3/2010 bertempat di Melaka International Bowling Centre, MITC Ayer Keroh Melaka. Seramai 31 pasukan telah disahkan menyertai. Pertandingan ini hanya disertai oleh penduduk kampung pendamar sahaja. Alhamdullilah, dengan penyertaan yang ramai disertai penduduk & rakyat sendiri, semoga akan mendapat tempat dihati rakyat hendaknya.