Friday, August 20, 2010

Rumah Ceria Aidilfitri 2010


Wah, dalam diam-diam rupanya kita semua didalam bulan ramadhan dan semakin menghampiri  Rumah Ceria Aidilfitri 2010, sekejap je masa berlalu.

Semua Penduduk Kampung Pendamar, Ayer Molek Melaka JANGAN LEPASKAN PELUANG, DAPATKAN BORANG PENDAFTARAN PADA URUSETIA PERTANDINGAN AJK RC10 DENGAN SEGERA!!!! Jangan terlewat! nanti rugi.

Tarikh tutup pendaftaran atau penyerahan borang pada 5 September 2010. Pertandingan ini akan diadili oleh Juri Kebangsaan dari Kampung Pengkalan Batu, En Mohd Derus Tompang yang merupakan Pegawai Inspektorat dan pembangunan komuniti di MBMB pada 7 September 2010, bermula Jam 9.30 Malam (3 Hari Sebelum Raya).

Tahun lepas (2009) RC 09 sebanyak 14 Rumah telah menyertai, diharapkan pada RC 10 kali ini, lebih daripada itu. T/K.

untuk keterangan detail : http://www.facebook.com/pemudaumnopendamar

Program Penyembelihan Halal (Syarak & Teknikal)


 
Pada 31 Julai 2010, Pemuda UMNO Kampung Pendamar telah menganjurkan program Penyembelihan Halal (Syarak dan Teknikal) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang bertempat di Madrasah Al- Hidayah kg pendamar, ayer molek melaka.

Alhamdulillah, penyertaan kali ini amat mengalakkan dan mendapat sambutan, yang pada mulannya kami menyasarkan hanya 30 Peserta sahaja, tetapi semasa program ini berlangsung, kami dikejutkan 60 Peserta hadir bagi mendengar taklimat dan melakukan penyembelihan secara Praktikal.

Untuk makluman, sebanyak 45 Ekor Ayam disediakan bagi Program Penyembelihan Halal ini, Peserta akan mendengar terlebih dahulu taklimat (Ceramah) ringkas mengenai cara /prosedur penyembelihan islam, dan selepas itu mereka akan didedahkan secara praktikal, dan akan diperhatikan pegawai dari Jabatan Agama Islam Melaka sendiri, dan Alhamdulillah, Kesemua 45 Ekor ayam yang disembelih itu, telah disembelih dengan betul, dan Halal dimakan.




Ayam yang telah disembelih itu, akan disumbangkan kepada Madrasah Al Hidayah Kg. Pendamar untuk aktiviti menyambut Ramadhan di sebelah malamnya, selepas Maghrib. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hj. Hasnoor Sdg Husin , Ketua UMNO Cawangan Kampung Pendamar. T/K