Monday, August 17, 2009

Laporan Aktiviti Pemuda

Salam semua saya ucapkan, pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana program aktiviti pemuda UMNO caw pendamar yang berlangsung pada 16 Ogos 2009 yang lalu berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan dan keadaan cuaca yang baik. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada mereka yang hadir memeriahkan majlis dan pada pasukan yang bertanding . Tahniah pada yang Johan, dan pada yang kalah, cuba lagi di tahun hadapan. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. tahun depan boleh cuba lagi. jangan risau, aktiviti riadah sebegini akan kerap dijalankan dan dimasukkan dalam kalendar aktiviti Pemuda UMNO Cawangan Pendamar disini.



Kejohanan kali ini, dimenangi oleh kumpulan Kepuk Kubur(regu veteren) yang diwakili oleh Syed Ghaffar (Tekong), Shahril Asraf Hj Azmi ( Feeder) dan Mohd Faez bin Syed ( Killer), manakala naib johan dimenangi oleh kumpulan Badol yang diwakili Mohd Amer (Tekong), Safirul Amar (Killer) dan Ade Erma Jasmi (Feeder).

Kejohanan yang meriah dengan pelbagai ragam pasukan dan gelagat penyokong pasti mencuit hati pada sesiapa yang hadir, dimana sokongan moral diberikan pada setiap pasukan pilihan mereka. Ada yang 'mental koyak' tu, sampai tak boleh main.heheh. Memang meriah dengan sambutan yang diberikan.
Terima Kasih atas sokongan kalian semua dan selepas ini, kita umat islam akan bersiap sedia menyambut bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadhan. saya mewakili Ketua Pemuda UMNO cawangan Pendamar mengucapkan, Salam Ramadhan kepada semua dan gunakanlah bulan yang mulia ini untuk mengandakan amal dan ibadah kita, dan jangan tinggal puasa!
Kejohanan ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat seperti Ketua Pemuda Cawangan, Fauzi Ali, Ketua Cawangan, Datuk Hasnoor Sidang Husin dan Setiausaha UMNO Bahagian merangkap Setiausaha UMNO Cawangan Pendamar iaitu Hj Azmi Bin Hj Hussain. Dengan adanya program sebegini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan kelihatan cergas, malah dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama penduduk kampung dan pemuda sendiri.

Dan acara penyampaian hadiah dan perasmian penutup kejohanan telah disempurnakan oleh AJK Penduduk Kampung Pendamar iaitu Hj. Abdul Rani bin Embi.




Gambar-gambar sekitar kejohanan.

 Turut memeriahkan suasana pertandingan, Tuan Hj Azmi bin Hj Hussain, Setiausaha Cawangan UMNO Kampung Pendamar.


Piala ni kami yang punya! Johan kejohanan kali ini, dari kiri Ketua Pemuda UMNO pendamar, Mohd Fauzi Ali, Mohd Faez Bin Syed (Killer), Syed Ghaffar (Tekong), Shahrir Asraf Azmi (Feeder), Mohd Faizal Othman dan Hj Rani Bin Embi
Kemuncak Acara Separuh Akhir, walaupun panas terik tetap bersemangat waja dalam memburu kemenangan!

2 comments:

  1. hahahah, sapa naib johan tu? sapa lagi kalau bukan team aku, kepada yang kalah tu tkpe2, cuba lagi, aku tahu korang memang tak terer! khekhekhkehkeh.

    amarmilan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hehehe..x payah la belagak bro.. aku punye team tetap juara..hahaha.. hidup kepuk kubur !!!! hidup umno!!!

    ReplyDelete