Sunday, March 14, 2010

Bowling Piala Hj Datuk Hasnoor Sdg Husin (12/3/2010)




Alhamdulillah, dengan izinNya, program Pemuda UMNO Kg. Pendamar bagi tahun 2010 ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan.

Pada 12/03/2010 ini, Pemuda telah mengadakan program bersama penduduk kampung dengan merebut piala Ketua Cawangan, Datuk Hasnoor Sidang Husin, Seramai 31 Pasukan (93 Orang) telah mengambil bahagian dalam acara kali ini. Sambutan yang mengalakkan. ini membuktikan UMNO masih relevan di hati rakyat.



Dengan adanya program sebegini, bukan sahaja dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama penduduk dan lebih akrab, malah akan dapat mempromosi UMNO sendiri di peringkat Akar Umbi.

Kami pemuda UMNO Pendamar, banyak menerima respon dari penduduk sendiri yang menginginkan Banyak program dijalankan. Program Tertutup Bowling ini juga adalah hasil suara ramai penduduk yang mahukan program sebegini dijalankan.

Kami Pemuda UMNO akan mengambil kira suara rakyat penduduk di cawangan kami, selaras dengan aspirasi 1 "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" dan mendengar apa yang mereka mahukan, untuk memastikan bahawa UMNO adalah benar-benar Juara rakyat yang boleh berkhidmat dengan Rakyat. Program bowling ini telah diadakan di Melaka International Bowling Centre (MIBC) Ayer Keroh bermula dari pukul 8.30 Malam-12 Malam, disertai sebanyak 31 Pasukan dalam acara Trio berpasukan.

Program ini telah dihadiri oleh Ketua Cawangan sendiri, Datuk Hasnoor Sidang Husin bersama Datin, setiausaha cawangan, Tuan Hj Azmi Hj Hussain dan Isteri, Ketua Pemuda, Mohd Fauzi Ali dan barisan pemuda dan penduduk kampung. (untuk melihat lebih banyak gambar semasa pertandingan dijalankan sila ke FB rasmi kami di : http://www.facebook.com/pemudaumnopendamar)

No comments:

Post a Comment